Total Pageviews

Tuesday 30 October 2012

Bukan tak sayang



Teringat lagi text dari beliau semalam.
"Bukan tak sayang, tapi..."

Ya Allah, berilah petunjuk untuk aku membuat keputusan yang terbaik buat diriku dan dirinya. Aminn Ya Rabb.
Satu kesimpulan yang boleh aku buat daripada 'texting' semalam ialah masih ada harapan. Tapi, aku memang taknak berharap sangat. Biar Allah yang tentukan semuanya. Kalu dia jodoh aku, by hook or by crook mesti dia untuk aku nanti kan?
Selepas hampir setahun lost contact, then sekarang macam dah ok balik. Emm, entahlah. Taknak komen la. Tunggu dan lihat kesungguhan beliau lepas ni (kena uji dulu). Hehe. (っ◕‿◕)っ ♥

"Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pedaMu,
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Amin."

Monday 29 October 2012

Lirik Muara Hati ~ Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia


Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati


Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali, padamu


Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu
 Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali


Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..



Related videos :

1. Official Video Muara Hati - Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz
2. Parody Muara Hati !! Lawak gilerrrr. (By Chengu Man)

The night is still young

MORNIGHT!! hehe. Betul la kan, MORNING+NIGHT. Yup, it's midnight. So, better I go to to sleep a.s.a.p right? Tapi, almost remaja zaman sekarang jarang tidur sebelum jam 12 tengah malam kan? The night is still young, katanya lah. Hehe. Tak remaja la tidur awal. Mau taknya insomnia ! Ish ish. Teringat masa study diploma dulu, I tinggal kat rumah sewa dengan 'college-mate'. Jarang betul la nak tidur awal. Kira pelik la kalau kitorang tidur awal sebelum jam 12 tengah malam.Teruk kan? Jiwa remaja, ada jela keja nak dibuatnya. 
Walaupun kitorang bukan jenis lepak2 kat luar sampai pepagi buta, tapi kitorang jenis lepak kat bilik ~ rumah jela. Makan, online (x tengok tv,xde tv), borak2 (cerita tak pernah habis!), belajar, etc. Hehe. Haiz, RINDU plak kat member2. Yang paling teruk (xla teruk sangat), kitorang suka makan jam 3 pagi! Hehe. Tapi, syukurlah tak gemuk. Banyak lagi la kenangan masa belajar dulu. (◡‿◡✿)

"Wahai Allah, Engkau peliharalah mereka (sahabatku), murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, jauhkanlah mereka daripada bisikan syaitan. Aminn Ya Rabb."


Sunday 28 October 2012

Adam & Hawa Fever !!

Seriously, aku dah 'dilamun cinta' dengan movie terbaru kat Astro HD yang satu ni lah. ADAM & HAWA. Aku langsung taknak miss dah any episode movie ni tau. Syukurlah, boleh tengok secara online kat sini !! Thank you very much to blog's owner. Sebab dialah, aku boleh tengok episode by episode.
Jalan cerita ni best sangat. Actually, adaptasi daripada novel, karya Aisya Sofea. One of my favorite novelist masa sekolah dulu (masa sekolah dulu je rajin baca novel). Aku pernah gak baca novel ni tapi dah lupa dah jalan cerita dia. Hehe. Tapi ni ada sedikit sinopsis Adam & Hawa.
==================
==================

Sinopsis Adam & Hawa.

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

✿ nota kaki : Isnin/29 Okt 2012 adalah episod ke 37. Movie ni ada 80 episod. :)
 

Wednesday 24 October 2012

My convocation day !

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum...w.b.t.
Hello brothers, sisters.

16 Oktober 2012 : UTM Skudai, Johor

 ===============
 ===============
Jalan cerita (little bit jela hehe)
 6.45 pagi :
Pendaftaran graduan-graduan.
Pakai jubah siap-siap, then pergi beratur ramai-ramai luar dewan.

7.15 pagi:
Semua graduan masuk dewan.
Duduk.
Majlis bermula.
Majlis berakhir. Alhamdulillah.

==============
==============

 Gambar kenang-kenangan masa hari tersebut. (Klik unutk tumbesaran)

Masa dalam dewan. Peace! Hehe :)
Parents and niece.

Posing !!









Dari kiri : Arif, Dewi, Epy, Mas, Ct

With Ct ! BFF. :)

My sister and niece.

My fwen. Jacq.

With Milla.



Monday 22 October 2012

Aku dah balik !!

Asalamualaikum...w.b.t..
Hello brothers and sisters.  ♥

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi yang masih memberikan kesempatan kita untuk terus bernafas di atas muka bumi-Nya ini. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua. Amin Ya Rabb.
Aku dah balik !! ☺ Alhamdulillah, saya dah sampai kat kampung dua hari lepas. Tapi, belum ada masa nak kemaskini blog. Nak post new entry lagi la xde semangat! Penat pun tak habis lagi kot. Hehe. Baiklah, saya rasa sangat BERSYUKUR dan HAPPY, majlis konvokesyen saya di UTM hari tu dah selesai dengan seribu satu kenangan yang indah walaupun sangat PENAT! Haha. Seriously, tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata, penat yang teramat sangat. Sampai balik Sarawak pun masih terasa penatnya. Tapi, tak ngapelah, kan? Sekali seumur hidup, takpe la kot. Hehe.

Ceghita pasal vacation to Johor ~ Negeri Sembilan kat another entry la keyh. ☺

With Bapak, Mak and Nurin (niece) ~


Friday 5 October 2012

On the phone

Asalamualaikum....wbt.
Hello, brothers and sisters. ( • ᴗ •)ノ♡

❤ All praises to Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. AllahuAkbar.

Nak story sikit. Last week, saya dapat tawaran satu job dari Harian Metro, lebih kurang cam wartawan lah. Wartawan lah tu, kan ✔?! Uiiih, rezeki tu. Alhamdulillah, rezeki dari Allah kadang-kadang kita tak terfikir pun dari mana, bila dan bagaimana dia datang. Setuju??
Okay, berbalik pada cerita tersebut...nak dijadikan cerita, abang saya suruh contact kawan dia sebab kawan dia iaitu Mr E. tengah cari orang untuk isi kekosongan jawatan kat tempat dia keja. So, try jela hantar ✉ kat dia. Hehe.
Tapi, dia call ✆ . Sebab susah nak terangkan pasal job tu kat text. Panjang sangat nak tulis ✍. Hehe. Masa on the phone dengan dia, dia terangkan semua yang berkaitan dengan job tersebut. Okay, kesimpulannya saya tertarik dengan jawatan tu ツ . Minat tu memang ada lagipun before ni pernah gak apply and got an interview untuk kerja ni. Jadi berkaitan dengan gaji...peh!! Boleh tahan untuk orang cam saya yang tak pernah ada pengalaman bekerja secara formal ni. Hehe. Siyesss, masyuk ok. TAPI.....Bukan rezeki saya lah.
Saya TERPAKSA tolak sebab-sebab yang tertentu. Hehe. By the way, thank you Allah! Kata orang, yang tamak selalu rugi. So, saya terpaksa tunggu satu masa sehingga jawapan untuk job saya before ni pasti ada hitam putih barulah saya akan buat keputusan untuk lain-lain job! *Percaya dengan rezeki Allah s.w.t ✿



Allah berkata dalam hadith Qudsi :

Wahai anak Adam, hendaklah kamu luangkan waktumu untuk beribadah kepadaku. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak lakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan  kesibukan dan aku tidak akan tutupi kefakiranmu”.

Hadith sahih : Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hibban

Tuesday 2 October 2012

Hello, October!

Caught in sweets jar
Wake me up when September ends! =)

Asalamualaikum,
Hello brothers and sisters. (>‿♥) 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober! Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih dikurniakan nikmat untuk bernafas di muka bumi Allah ini.
10 bulan yang lepas, sungguh saya berharap agar bertemu bulan Oktober. Huhu! Tadaa, dah bulan Oktober dah. Yeyeyy!! Apela yang saya tunggu sangat bulan Oktober ni ek? Off course la my convocation day! Dah habis study bulan November last year, makaihh lamo den tunggu ha.
Nak buat cane an, kena tunggu gak.  (◕‿◕✿) tinggal beberapa hari lagi nak fly KL. Hehe. I loike!
Kalau boleh sekarang saya nak packing barang sume! Hehe. Sabar jela.
UTM, see you soon bebeh! ♚

Monday 1 October 2012

La Tahzan Sayang !



Tiada insan yang tidak pernah berasa sedih dan kecewa.
Termasuk diri saya sendiri. Kehilangan seorang insan yang kita sayang boleh diibaratkan seperti separuh jiwa kita telah mati.

Kadang-kadang kita akan menangis. Lebih-lebih lagi kaum Hawa yang semestinya punya hati yang lembut. Dalam sesetengah situasi, kaum Adam pun pasti akan menangis. 
Kalau nak menangis tu, menangislah. Menangislah sepuas hati, lepaslah semuanya yang membebankan jiwa.

Namun, janganlah terlalu mengikut hati yang sedih. Lawanlah perasaan itu. Kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Saya sendiri juga tak pernah lari daripada diuji olehNya dengan kekecewaan. Pernah kehilangan kekasih hati, justeru membuatkan hati terasa sakit dan sedih. Tapi, bersyukur padaNya kerana telah menjauhkan diri ini daripada perkara yang tidak baik serta maksiat. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan beliau. Aminn Ya rabb.

Sebenarnya Allah menjauhkan diri kita daripada seseorang itu adalah kerana hendak melindungi kita. Jadi, berhentilah mengejarnya.

Sentiasa muhasabah diri, membuatkan kita mengenali diri kita sendiri. Alhamdulillah, setelah  daripadaNya, hati terasa lebih tenang dan bahagia. Hanya berdoa mohon petunjuk serta dipelihara hati ini daripada perkara sia-sia.

Percayalah, Allah s.w.t. punya rencana yang lebih indah daripada kita. Allah sengaja turunkan hujan untuk menguji hamba-hambaNya, namun InsyaAllah Allah pasti akan hadiahkan pelangi indah kepada kita.

Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Allah tak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan mereka! Sekarang, hati ini tetap berasa bahagia walaupun telah 'single' ! Keluargalah kekasih saya, sahabatlah kekasih saya. (っ◕‿◕)っ ♥

Dan dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Tiada insan yang taknak menjadi lebih baik daripada diri mereka dahulu dan sekarang. Jika sekarang terlintas di hati nak berubah ke arah yang diredhai Allah, masih belum terlambat. 

Ayuh, kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Ya, istiqamah memang susah. Namun, ingatlah ganjaranya di akhirat sungguh besar. Wallahualam.

Symbols for Facebook ♚

Δ
Ω
ʊ
Σ
©
®
¿
¡
½
¼
ت
Ü
ϡ