Total Pageviews

Thursday 22 November 2012

H O P E ~


Sedang hati ini berbicara,
Apakah ertinya CINTA yang sebenar padanya?
Adakah wajar perasaan ini berada di sudut hati aku,
Atau aku patut lupakan saja,
Entahlah, persoalan demi persoalan yang bermain di benak fikiran aku,
Satu pun belum aku jumpa jawapannya,
Adakah aku perlu meneruskan harapan aku agar cinta kami bersatu?
Patutkah aku lupakan saja ia terkubur bersama 1001 persoalan yang belum pasti aku apakah jawapannya,
Sungguh, terkadang perasaan rindu menerpa ke segenap ruang hatiku,
Aku juga seperti pasangan yang lain ingin dihargai orang insan yang tersayang,
Apakah aku tidak layak untuk semua itu?
Tiadakah sesaat masanya untuk aku?
Terkadang, aku selalu merasakan diri telah dipermainkan,
Namun, lebih baik aku bersangka baik daripada memeningkan kepala,
Pertemuan itu menyuburkan kembali harapan aku yang dulu,
Berilah aku kekuatan untuk perkara mendatang,
Bukanlah aku terlalu berharap tetapi enggan hati ini dipermainkan lagi,
Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi,
Kalau benci katakan benci, tidaklah aku ternanti-nanti,
Salahkah jika aku setia?
Salahkah aku menunggunya?
Aku hanya perlukan keikhlasan dan penjelasan.



Nurkilan :
Si Jiwa Kacau ~

Wednesday 21 November 2012

Cats ~ Kucing ~ Pusak

Hadis tentang kucing :
Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Nak story pasal kucing plak. Kat rumah kitorang ada pelihara kucing. Lebih 10 ekor! Hehe.
Saya selalu lepak-lepak ngan dorang. Best tau layan kucing-kucing ni semua. Boleh hilangkan stress, rasa sedih dan boring. 
Nak share gambar-gambar dorang. (Tak semua kucen tau..)

Si Hitam

Si Gemuk


Muhammad Bulat

Rilakkuma





Cheng Ko Meng







   JOM SAYANG KUCING. ^^

Tuesday 20 November 2012

Perbuatan di kala keboringan

Me :)

My niece ~ Izyan

Udang galah ~ uncle dapat !!

Uncle tengah memancing :)

Buai laju-laju.....

Oll sekullll ! Hehe.

Hehe. Me again :)

Banjir di Pais, Betong, Sarawak

On the way balik ke Kampung Serdeng dari Kuching pada 12.11.2012 hari tu, saya dan bapak, abang serta adik lelaki saya telah tersekat kat kawasan Pais, Daerah Betong sebab banjir! 4 jam barulah air surut sikit. Syukur Alhamdulillah, dapatlah lalu kawasan tersebut. Kami stuck kat situ pada jam 1 tengah hari, tunggu dan tunggu sampai jam 5 petang! Sabar jela. So, nak share gambar-gambar sikit. :)








Monday 19 November 2012

Please, PRAY for GAZA and PALESTINE


Hari ke hari, keadaan di GAZA dan PALESTIN semakin meruncing. Dah tak sanggup nak dengar kisah tragis daripada sana setiap hari ada saja yang berlaku.
Pilu dan sayu hati ini talkala terfikirkan tentang kehidupan kat sana yang langsung tak menyerupai kehidupan di tempat lain. Alangkah indahnya jika dapat bantu mereka. Wahai Allah, diri ini sentiasa berdoa dan berharap semoga penduduk GAZA dan PALESTIN akan bebas daripada penindasan yahudi secepatnya!

Let us pray for our brothers and sisters in GAZA and PALESTINE...
"Bismillahirahmanirahim...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Allah, selamatkanlah saudaraku di Gaza dan Palestin daripada yahudi laknatullah. Kuatkanlah hati mereka untuk menghadapi dugaan yang melanda. Mohon perkenankanlah doa hamba. Ameen Ya Rabbal 'Alamin...."

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H


Jom kita sama-sama muhasabah diri, betulkan kekurangan diri, perbaiki kelemahan dan tabiat buruk kita supaya kita menjadi hamba Allah yang hidup sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T pada tahun yang baru ini. Semoga tahun 1434 H membawa kebahagiaan kepada kita, kesenangan dalam kehidupan, kejayaan yang lebih indah, serta sentiasa bertambah ibadat kita kepadaNya. InsyaAllah.

Selawat ke atas Nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Saturday 3 November 2012

Lend me your shoulder

Astaghfirullahal'azim...
Seriously, i need someone to talk to. But, i can't. :(
Can somebody lend me your shoulder, please?
Ah, confirm la aku taknak bebankan orang lain dengan hal aku kan? 
Tak ngapela wahai Dewi. Allah kan ada.
InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusanmu.

Entahlah malam ni aku rasa sangat 'kehilangan' walaupun hakikatnya takde barang yang hilang or whatsoever ! 
Tapi, suatu perkara yang sangat mengganggu fikiranlah. 
Automatik, telah memuatkan aku sangat kecewa + sedih + nak menagis jika benda tu betul-betul akan berlaku.
Hanya pada Allah, aku memohom pertolongan. 
Semoga Allah memudahkan urusanku, menjauhi aku daripada kesedihan dan kecemasan serta jauhi aku daripada bala bencana. Ameen.




Friday 2 November 2012

Ujian daripada Allah

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Pada saat dan ketika ini hambaMu pasrah dan redha jika inilah takdir yang telah tertulis. Hamba memohon padaMu, sekiranya perkara 'ini' benar-benar akan berlaku, maka Engkau gantikanlah sesuatu yang lebih baik untuk ku. Ameen.



Bukan suatu kehidupan manusia namanya jika hidup tak ada kesedihan dan kekecewaan. Sebagai seorang Muslim, adalah wajar untuk kita mengawal perasaan tersebut. Kan? Sememangnya Allah sentiasa akan menguji setiap hambaNya dengan pelbagai ujian dan dugaan. Kadang-kadang suatu masa kesenangan dan kelapangan adalah dugaan yang paling bahaya. Kerana manusia mudah lupa diri dan akan terus lalai dengan godaan dunia ini.

Tapi, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita, memberi perhatian serta teguran kepada kita sebagai hambaNya. Kita harus berusaha perbaiki diri, menerima takdir dengan redha. Jika kita terlalu mempertikaikan perkara tersebut, bermakna kita mempertikaikan takdir Allah. La tahzan, usahlah bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar. InsyaAllah.

Dear, Dewi (myself). Don't think too much! InsyaAllah, you will find the way.

Thursday 1 November 2012

Info Al-Quran

9 Surah Ada Lebih Satu Nama
Di dalam al-Quran terdapat 114 surah. Daripada jumlah itu, ada 9 surah mempunyai lebih daripada satu nama. Antaranya ialah :
* Al-Fatihah - Ummul Qura' dan Sab'ul Matsani
* At-Taubah - Bara'ah
* Al-Israk - Bani Israil
* Faathir - Al-Malaikah
* Ghaafir - Al-Mukmin
* Fussilat - Ha Mim As-Sajdah
* Al-Insan - Ad-Dahr
* Al-Mutaffifin - At-Tatfif
* Al-Lahab - Al-Masad

15 Ayat Sajdah
Terdapat 15 ayat Sajdah di dalam al-Quran. Ayat-ayat ini terdapat perintah sujud dari Allah s.w.t. Jadi, apabila membaca atau mendengarnya, disunatkan kita melakukan sujud Tilawah atau Sajdah apabila membacanya. Ayat-ayat itu adalah:
► Ayat 206 surah Al-A'raf
► Ayat 15 surah Ar-Ra'd
► Ayat 50 surah An-Nahl
► Ayat 109 surah Al-Israk
► Ayat 58 surah Mariam
► Ayat 18 surah Al-Hajj
► Ayat 77 surah Al-Hajj
► Ayat 60 surah Al-Furqan
► Ayat 26 surah An-Naml
► Ayat 15 surah As-Sajdah
► Ayat 24 surah Sad
► Ayat 38 surah Fussilat
► Ayat 62 surah An-Najm
► Ayat 21 surah Al-Insyiqaq
► Ayat 19 surah Al-'Alaq



✿ Sumber : Majalah Iman. ~