Total Pageviews

Sunday 28 October 2012

Adam & Hawa Fever !!

Seriously, aku dah 'dilamun cinta' dengan movie terbaru kat Astro HD yang satu ni lah. ADAM & HAWA. Aku langsung taknak miss dah any episode movie ni tau. Syukurlah, boleh tengok secara online kat sini !! Thank you very much to blog's owner. Sebab dialah, aku boleh tengok episode by episode.
Jalan cerita ni best sangat. Actually, adaptasi daripada novel, karya Aisya Sofea. One of my favorite novelist masa sekolah dulu (masa sekolah dulu je rajin baca novel). Aku pernah gak baca novel ni tapi dah lupa dah jalan cerita dia. Hehe. Tapi ni ada sedikit sinopsis Adam & Hawa.
==================
==================

Sinopsis Adam & Hawa.

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

✿ nota kaki : Isnin/29 Okt 2012 adalah episod ke 37. Movie ni ada 80 episod. :)
 

No comments:

Post a Comment