Total Pageviews

Monday 1 October 2012

La Tahzan Sayang !



Tiada insan yang tidak pernah berasa sedih dan kecewa.
Termasuk diri saya sendiri. Kehilangan seorang insan yang kita sayang boleh diibaratkan seperti separuh jiwa kita telah mati.

Kadang-kadang kita akan menangis. Lebih-lebih lagi kaum Hawa yang semestinya punya hati yang lembut. Dalam sesetengah situasi, kaum Adam pun pasti akan menangis. 
Kalau nak menangis tu, menangislah. Menangislah sepuas hati, lepaslah semuanya yang membebankan jiwa.

Namun, janganlah terlalu mengikut hati yang sedih. Lawanlah perasaan itu. Kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Saya sendiri juga tak pernah lari daripada diuji olehNya dengan kekecewaan. Pernah kehilangan kekasih hati, justeru membuatkan hati terasa sakit dan sedih. Tapi, bersyukur padaNya kerana telah menjauhkan diri ini daripada perkara yang tidak baik serta maksiat. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan beliau. Aminn Ya rabb.

Sebenarnya Allah menjauhkan diri kita daripada seseorang itu adalah kerana hendak melindungi kita. Jadi, berhentilah mengejarnya.

Sentiasa muhasabah diri, membuatkan kita mengenali diri kita sendiri. Alhamdulillah, setelah  daripadaNya, hati terasa lebih tenang dan bahagia. Hanya berdoa mohon petunjuk serta dipelihara hati ini daripada perkara sia-sia.

Percayalah, Allah s.w.t. punya rencana yang lebih indah daripada kita. Allah sengaja turunkan hujan untuk menguji hamba-hambaNya, namun InsyaAllah Allah pasti akan hadiahkan pelangi indah kepada kita.

Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Allah tak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan mereka! Sekarang, hati ini tetap berasa bahagia walaupun telah 'single' ! Keluargalah kekasih saya, sahabatlah kekasih saya. (っ◕‿◕)っ ♥

Dan dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Tiada insan yang taknak menjadi lebih baik daripada diri mereka dahulu dan sekarang. Jika sekarang terlintas di hati nak berubah ke arah yang diredhai Allah, masih belum terlambat. 

Ayuh, kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Ya, istiqamah memang susah. Namun, ingatlah ganjaranya di akhirat sungguh besar. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment