Total Pageviews

Friday 2 November 2012

Ujian daripada Allah

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Pada saat dan ketika ini hambaMu pasrah dan redha jika inilah takdir yang telah tertulis. Hamba memohon padaMu, sekiranya perkara 'ini' benar-benar akan berlaku, maka Engkau gantikanlah sesuatu yang lebih baik untuk ku. Ameen.



Bukan suatu kehidupan manusia namanya jika hidup tak ada kesedihan dan kekecewaan. Sebagai seorang Muslim, adalah wajar untuk kita mengawal perasaan tersebut. Kan? Sememangnya Allah sentiasa akan menguji setiap hambaNya dengan pelbagai ujian dan dugaan. Kadang-kadang suatu masa kesenangan dan kelapangan adalah dugaan yang paling bahaya. Kerana manusia mudah lupa diri dan akan terus lalai dengan godaan dunia ini.

Tapi, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita, memberi perhatian serta teguran kepada kita sebagai hambaNya. Kita harus berusaha perbaiki diri, menerima takdir dengan redha. Jika kita terlalu mempertikaikan perkara tersebut, bermakna kita mempertikaikan takdir Allah. La tahzan, usahlah bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar. InsyaAllah.

Dear, Dewi (myself). Don't think too much! InsyaAllah, you will find the way.

No comments:

Post a Comment