Total Pageviews

Tuesday, 25 September 2012

Convocation Invitation Letter Dah Sampai! :)

Syukur ke hadrat Ilahi, rasa tak sabar nak fly to Johor. Yela, it's been long time I wait for the day! Hehe. So, the convocation ceremony is on 16th October 2012.
My flight to KL is on 8th Oct and I'll going with my beloved parents. So, sebelum hari-hari convo, kitorang akan stay umah my sis kat Seremban. 
Syukurlah ada akak tinggal kat sane. Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami. Amin Ya Rabb. ✿
Tak sabar nak jumpe member2 lain yang sama kongsi 'big day' with me ! Arif, Yannie, Jacq, Milla, dan lain2. :) 'Till meet y'all gengs ! Haha.
 Okay, tinggal bab penginapan je macam ada sikit masalah. For me is okay. Sebab ada my sis. My friends, still tengah cari lagi tempat penginapan. 
Ada gak I tolong dorang cari, tapi tengah tunggu respon dari pihak penginapan. Hope ada lah. Sebab most of the rooms dah full.
 InsyaAllah, everything gonna be okay! :) 
Apa yang penting ? KERJASAMA & PERPADUAN ! Chewah. Katenyerrr. Teringat satu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Allah tidak akan membebankan hambaNya diluar kemampuan mereka. Wallahu 'alam. ~

Cantik kan! I get it from facebook.com/senyomdesign ! (>‿◠)✌

Monday, 17 September 2012

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah. Allah telah meminjamkan seorang hambaNya untuk aku memberikan aku semangat dan motivasi. Yup, I felt much better and stronger now! :)
Aku tau Allah yang hadirkan dia seketika, even secara tak sengaja talk, text and meet kat facebook aku. Actually, he is my senior masa sekolah kat Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dulu. Dia telah berikan aku semangat untuk meneruskan cita-citaku untuk menuntut ilmu Allah dalam peringkat yang lebih tinggi.

Aku percaya dengan rezeki Allah. InsyaAllah, aku harus bersabar untuk meneruskan cita-cita tersebut. Walaupun banyak dugaan yang aku harus tempuhi. Kesukaran yang berperingkat-peringkat. Mungkin masanya belum tiba sekarang. Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya. Walaupun kegagalan untuk penempatan UPU bagi sesi 2012/2013 aku tak berjaya. Tapi, aku tak pernah give up untuk tetap menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah. Semoga Allah mengabulkan permintaan tersebut. Ameen.

By the way, next month is my BIG DAYS !! Hehe. Selepas 3 tahun berjuang untuk kursus Management Technology (Twinning Program UTM) di kampus Technology College Sarawak (TCS), Kuching; maka InsyaAllah akan berlangsung majlis konvokesyen untuk aku dan member-member yang lain. InsyaAllah, next month akan fly to Skudai, Johor. Can't wait!


Thursday, 9 August 2012

Tuhan tolonglah aku

Sungguh aku dalam dilema. What is the right choice for me to choose? Ya Allah, permudahkan urusan dunia dan akhirat hamba-Mu ini. Amin.
Aku sangat tak tahu ape yang harus aku pilih sekarang? SAMBUNG BELAJAR atau BEKERJA? 

Kalau ikutkan hati memang nak sangat sambung study.
Tapi, kalau fikirkan lebih sikit nak keje. Haiz! Can somebody give me some motivation and advice please?

Dah try apply UPU aritu, tapi takde rezeki lagi. Dah buat rayuan dah. Hope ade rezeki la kan. Amin. By the way, ade gak apply IPTS lain-lain. Tunggu jela, kalau ade rezeki aku teruskan aje. Kalau belum ade, keje dulu la kot. 

Buat masa sekarang fokus untuk my big day! My graduation day! Hehe. Naik jenuh menunggu. Haha. Xpe, aku harap everything gonna be okay. InsyaAllah. Kalu takde aral, majlis graduasi tersebut dalam bulan Oktober. Nak kene tunggu pihak kolej call plak bile tarikh tersebut. Boring! Sebab, kalau inform awal-awal boleh booking flight awal-awal, takde la last minute.

Okay, dah merapu plak. Haha. I think enough for this topic. Bye.


Thursday, 26 July 2012

Hobby.


p/s : Click to see image.










Location : Kampung Serdeng
Thank you : Baby and Dayang
Make up / Photographer : Myself

Sedar tak sedar

Alhamdulillah, hari ni saya agak bersemangat untuk kemas-kemas umah. Dah 6 Ramadan, sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa. Semangat mengemas datang tiba-tiba. LOL. Sikit-sikit, lama-lama mesti habislah kemas kan? :) OMG! Penat juga la kemas dengan habuk plak. Saya memang allergik habuk tahap separuh kronik. HUHU! Nasib baik la my parents and my sis tolong. Ringanlah sikit kan. 
Cuaca hari ni agak panas dan kering la. Memang agak penat dan kehausan. HUHU. Sabar, word itu jela yang boleh kuatkan semangat saya hari ni. Sungguh panas, tak macam cuaca semalam. Lepas kemas-kemas, masa untuk bermalas-malasan plak. Rest kejap, pastu sambung balik sampai selesai.
Hari-hari ni takla berbeza sangat dengan hari-hari yang lepas. Walaupun agak membosankan, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. masih diberi kesempatan untuk merasa nikmatnya Ramadan dan hidup.
Saya yakin Allah punya rancangan-Nya yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Aminn. 

Doa pintu 12:
Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Aminn.