Total Pageviews

Sunday 30 September 2012

Menunggu dan masih menunggu

Kadang-kadang menunggu suatu kepastian memang perit kan? Melainkan seseorang tu ada sifat sabar yang tinggi. InsyaAllah dia rasa okay je.
Last week, saya ada attend satu temuduga secara tak sengaja dengan my dad's friend. So, nak dijadikan cerita uncle tu suruh saya datang kat pejabat dia pada tarikh dan masa sekian sekian.
Okay. Alhamdulillah, syukur pada Allah everything okay. 
Masuk je kat pejabat dia, terus kena suruh type surat dan satu dokumen. Emm, nasib baik la simple je. Tapi, ade gak aku buat silap. Walaupun sikit tapi aku rasa unhappy la kan. Sorry uncle! Masa tu saya kurang sihat, jadi fokus hilang sikit la.
Dah siap type dan print, serah kat uncle. Then, barulah dia tanya soalan-soalan berkaitan dengan temuduga. Uncle nampak kelam kabut sikit. Sebab actually dia akan resign few days lepas tu. Dan temuduga yang dia buat tu untuk cari pekerja untuk jawatan baru dan di pejabat yang baru. He told me, pejabat tersebut akan siap paling awal dalam bulan November dan paling lewat pada bulan Disember. Dan jawapan sama ada saya dapat tak position kat situ, kena tunggu feedback dari dia la.
Semoga Allah memurahkan rezeki saya untuk job tersebut. Amin Ya Rabb.
Jawatan yang dia tawarkan ialah dalam bahagian pentadbiran. Sebenarnya saya tak kisah sangat position apa saya akan dapat. Yang penting saya dapat kerja dengan baik dan kerja yang halal.
Nama company tu ialah  Tg. Manis Food and Industrial Park, salah satu dalam rancangan SCORE Sarawak. So, boleh dikatakan ini adalah perintis pertama la untuk rancangan SCORE tersebut.



Sangat berbesar hati untuk bekerja kat situ, feeling lucky kalau dapat kan? Hehe. Lebih-lebih lagi dapat bos sebaik uncle tu. Hehe. Syukur sangat kalau dapat kerja tu. Amin.
Lepas kitorang berbincang sikit pasal job tu, termasuklah tugas, gaji, tempat tinggal dan sebagainya, uncle tu cakap akan hubungi saya maybe dalam bulan November la. So, tunggu jela.
Dah siap temuduga, saya balik rumah dengan perasaan yang bercampur- baur. Haha. Entahlah, perasaan yang tak yakin. Tapi gembira sikit tambah excited! Yang penting, sampai je kat rumah terus demam. Aigoo. Few days terlantar tak dapat nak gerak banyak sangat. Batuk plak sampai dua minggu. Yesterday, barulah batuk hilang. Takpe, InsyaAllah ada himahnya kan? Yang penting sabar. Sabar tu besar ganjarannya. 

Super Muslimah ! :)

No comments:

Post a Comment