Total Pageviews

Wednesday, 12 October 2011

UPDATE...UPDATE...UPDATE....

Wow, lame dah tak update blog...Busy lah sungguh...Tapi, kadang-kadang tu malas la jadi alasan. Huhu. So, nak update about my life now and today. Almost every days aku busy dengan aktiviti-aktiviti rutin dan kadang-kadang aktiviti yang dirancang last minutes. Tapi, syukur Alhamdulillah. Semuanya dapat dikawal dengan sebaiknya. Syukur sangat-sangat kerana Allah S.W.T telah bagi kekuatan serta kesabaran untuk meneruskan kehidupan. So far, macam-macam benda yang jadi dalam hidup. Jumpa kawan baru, cerita bisnes, jatuh cinta, kalkulator hilang, tak dapat jawab test dan banyak lagi la. Huhu. Pernah gak nangis-nangis sebab stress. Lepas nangis mesti okey balik. =)

Kawan. Apa maknanya kawan? Aku syukur sangat-sangat ade kawan yang sayangkan aku, baik, dan tak banyak berkira. Kawan nangis susah nak dapat, kawan ketawa berlambak kat luar tu kan?  Sayang sangat kawan aku Dayang Siti Sariyanni. Kawan-kawan lain pown aku sayang gak!! Muahhhhhxx!!XOXO~



Monday, 1 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bulan yang sering dirindui oleh kita semua sudah menjelma iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan kasih-sayang, bulan yang melipat gandakan segala amal ibadah kita kepada-Nya. Wallahua'lam. Jangan hanya masa bulan ini sahaja kita beribadah kepada-Nya. Semoga kita dapat meneruskan segala amal ibadah kita sehingga hujung nyawa. InsyaAllah.


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, 21 June 2011

Sotong dan Burger ~

Apakah kaitan burger dan sotong? Sotong is one of my favorite food. Burger? Bolehla minat. Actually nak story sal aktiviti aku masa cuti before ni. Aku, adik aku ( Baby & Sepul ) tolong abg aku ( Ruddy ) jual sotong and burger. Haha. Best gak. Sambil2 tu sempat gak kitorang posing. Kau ada? Tak ada kan? :)

 Me yaw ! :)

Me again. Yeah !

My sister ~ Nabilah (Baby)

 Smile :)

Posing !
 Jangan pandang-pandang ~

 I love most !

 I love this photo much !

 I also like it.

 Pergh! Amazing ~ HAHA.

 1 Malaysia !

 Ferry ~

My brother with nice evening view !
 My brother ~ Ruddy n Sepul with other peoples.

Me again with Baby.

I love to be 'Kampung Girl'...hehe...My village Kampung Serdeng is a small, peaceful place and comfortable to stay here. :)

Cute Little Cupcakes.

I love cupcakes much ! :)
This the first time baked cupcakes. Doesn't have any experience yet. LOL. First time wat cupcakes memang excited sangat. Ni lah hasil nyer :~


 By the way, thanks to my sister (Emma) for helping me ! :)
p/s: next time I'll share the recipes' otay ! ^^



Wednesday, 18 May 2011

Final Exam is Around The Corner.

Tak sangka dah 3 tahun aku study kat TCS ek? Sepatutnya aku dah habis study dah dalam bulan 6 ni. Tapi aku terpaksa extend 1 sem lagi sebab ada subjek yang belum ambik. Huhu.. Xpe2, janji aku habiskan diploma aku. 29 Mei 2011 ni 1st paper aku, pastu 5,7,9 dan 12 Jun 2011. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku,Aminnnn.. Actually, x sabar nak bercuti. Hehe. Tapi, x tau lagi nak buat ape masa cuti nanti. Nak g buat lesen kete la kowt...InsyaAllah...last but not least, aku doakan semua member aku dapat menjawab ujian dengan baik..sayang korang..:)