Total Pageviews
Thursday, 26 July 2012
Sedar tak sedar
Alhamdulillah, hari ni saya agak bersemangat untuk kemas-kemas umah. Dah 6 Ramadan, sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa. Semangat mengemas datang tiba-tiba. LOL. Sikit-sikit, lama-lama mesti habislah kemas kan? :) OMG! Penat juga la kemas dengan habuk plak. Saya memang allergik habuk tahap separuh kronik. HUHU! Nasib baik la my parents and my sis tolong. Ringanlah sikit kan.
Cuaca hari ni agak panas dan kering la. Memang agak penat dan kehausan. HUHU. Sabar, word itu jela yang boleh kuatkan semangat saya hari ni. Sungguh panas, tak macam cuaca semalam. Lepas kemas-kemas, masa untuk bermalas-malasan plak. Rest kejap, pastu sambung balik sampai selesai.
Hari-hari ni takla berbeza sangat dengan hari-hari yang lepas. Walaupun agak membosankan, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. masih diberi kesempatan untuk merasa nikmatnya Ramadan dan hidup.
Saya yakin Allah punya rancangan-Nya yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Aminn.
Doa pintu 12:
Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu
keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu
keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih
sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Aminn.
Wednesday, 25 July 2012
Ramadan Kareem
Alhamdulillah. Sedar tak sedar kita dijemput oleh Allah s.w.t. untuk menjadi tetamu-Nya sekali lagi untuk bertemu Ramadan Al-Mubarak. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bila Ramadan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka jahanam dan dirantai semua syaitan."
Bagi saya, tahun ini 1433H adalah Ramadan yang buat saya bersyukur sangat kerana dapat menjalani ibadah puasa bersama-sama keluarga tercinta, insyaAllah untuk sebulan berpuasa.
Before ni saya selalu berjauhan dari keluarga. Masa sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 tinggal kat asrama, tingkatan 4 dan 5 pula tinggal seberang lautan, kat Negeri Sembilan dengan kakak.
Then, sambung study pown duduk rumah sewa dengan kawan-kawan. Huhu.
Tapi, kadang-kadang terasa rindu pula nak menjalani Ramadan dengan sahabat-sahabat. KLMJ dah. Hehe. Rindu masa kitorang sesame bangun sahur, panaskan lauk. Pegi bazar Ramadan, beli juadah untuk berbuka. Ya Allah, sebak kalau saya ingat balik kenangan yang saya simpan kemas dalam benak hati dan fikiran ini.
Syukur ke hadrat-Nya, hari ini dah Ramadan yang kelima. Dengan rezeki Allah kita bersahur dan dengan rezeki Allah lah kita berbuka. Semoga Allah menberi keberkatan kepada kita semua. Amin.
Kat sini saya nak kongsikan sedikit petua atau doa yang boleh diamalkan. Ketika tiba waktu Asar, panjatlah doa kepada Allah, "Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar dikurniakan makanan berbuka dengan makanan yang mengenyangkan dan dapat menambah kecintaan kepada-Mu, Ya Allah. Amin."
Ketika siang sebulan Ramadan adalah zon makbul doa. Manakala, malamnya adalah berganda lagi kemakbulannya. Hal ini bermaksud Allah mengisytiharkan kepada hambanya agar berdoa sepanjang hari. Dan jelas disebut di dalam hadis, "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Riwayat Ibnu Majah)
Cukuplah dahulu coretan untuk hari ini. InsyaAllah, esok kembali. Ma'assalamah.~
Subscribe to:
Posts (Atom)