Total Pageviews

Sunday, 2 December 2012

Sabah, here i come

InsyaAllah, 4 November 12 I fly to Sabah. Nak tolong my cuz sikit. Kebetulan sekarang tak ada keja lagi nak buat, bolehlah tolong dia apa yang patut kan.

Esok, I nak pegi kat Jabatan Imigresen Sibu, sebab nak buat passport. I orang Sarawak, actually kalau setakat nak pegi Sabah or Semenanjung, tak perlu nak guna passport pun. Itu la kelebihan jadi SARAWAKIANA kan? Hehe.

Alhamdulillah. Tapi, my cuz suruh buat sebab dalam masa terdekat maybe dia ajak pegi kenduri kahwin sedara belah suami dia kat Brunei. So, nak taknak buat la yang international terus. Rezeki jangan ditolak. Dah orang nak sponsor-kan buat passport dan pulus plus plus. :)

So, kalau settle semua esok maybe lusa I dah fly Sabah dah. Phewww. Rezeki dari Allah. Syukur Alhamdulillah. Tak rancang pun nak pegi Sabah dalam masa terdekat. Hehe. Excited juga la. Tapi buat-buat biasa je. Ngee~

SABAH, HERE I COME !!

Rainbow in my heart ! :)


Thursday, 22 November 2012

H O P E ~


Sedang hati ini berbicara,
Apakah ertinya CINTA yang sebenar padanya?
Adakah wajar perasaan ini berada di sudut hati aku,
Atau aku patut lupakan saja,
Entahlah, persoalan demi persoalan yang bermain di benak fikiran aku,
Satu pun belum aku jumpa jawapannya,
Adakah aku perlu meneruskan harapan aku agar cinta kami bersatu?
Patutkah aku lupakan saja ia terkubur bersama 1001 persoalan yang belum pasti aku apakah jawapannya,
Sungguh, terkadang perasaan rindu menerpa ke segenap ruang hatiku,
Aku juga seperti pasangan yang lain ingin dihargai orang insan yang tersayang,
Apakah aku tidak layak untuk semua itu?
Tiadakah sesaat masanya untuk aku?
Terkadang, aku selalu merasakan diri telah dipermainkan,
Namun, lebih baik aku bersangka baik daripada memeningkan kepala,
Pertemuan itu menyuburkan kembali harapan aku yang dulu,
Berilah aku kekuatan untuk perkara mendatang,
Bukanlah aku terlalu berharap tetapi enggan hati ini dipermainkan lagi,
Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi,
Kalau benci katakan benci, tidaklah aku ternanti-nanti,
Salahkah jika aku setia?
Salahkah aku menunggunya?
Aku hanya perlukan keikhlasan dan penjelasan.



Nurkilan :
Si Jiwa Kacau ~

Wednesday, 21 November 2012

Cats ~ Kucing ~ Pusak

Hadis tentang kucing :
Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Nak story pasal kucing plak. Kat rumah kitorang ada pelihara kucing. Lebih 10 ekor! Hehe.
Saya selalu lepak-lepak ngan dorang. Best tau layan kucing-kucing ni semua. Boleh hilangkan stress, rasa sedih dan boring. 
Nak share gambar-gambar dorang. (Tak semua kucen tau..)

Si Hitam

Si Gemuk


Muhammad Bulat

Rilakkuma





Cheng Ko Meng







   JOM SAYANG KUCING. ^^

Tuesday, 20 November 2012

Perbuatan di kala keboringan

Me :)

My niece ~ Izyan

Udang galah ~ uncle dapat !!

Uncle tengah memancing :)

Buai laju-laju.....

Oll sekullll ! Hehe.

Hehe. Me again :)

Banjir di Pais, Betong, Sarawak

On the way balik ke Kampung Serdeng dari Kuching pada 12.11.2012 hari tu, saya dan bapak, abang serta adik lelaki saya telah tersekat kat kawasan Pais, Daerah Betong sebab banjir! 4 jam barulah air surut sikit. Syukur Alhamdulillah, dapatlah lalu kawasan tersebut. Kami stuck kat situ pada jam 1 tengah hari, tunggu dan tunggu sampai jam 5 petang! Sabar jela. So, nak share gambar-gambar sikit. :)